Sejarah

Pertanyaan

faktor faktor berlakunya hari kemerdekaan malaysia

2 Jawaban

  • Salah satu sebab yang membawa kepada Kemerdekaan Tanah Melayu ialah pengenalan Sistem Ahli. Untuk membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan suatu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan. Sejak sebelum merdeka lagi, pihak British telah memberi latihan untuk mentadbir negara kepada penduduk tempatan supaya mereka mampu berkerajaan sendiri. Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama antara pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara kita.

    Sistem ahli dilaksanakan pada bulan Januari 1951 sehingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada bulan Julai 1955. Tujuan Sistem Ahli ditubuhkan adalah untuk melatih penduduk tempatan dan juga kaum lain menerajui Tanah Melayu. Idea penubuhan Sistem Ahli ini telah disuarakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam perbincangannya dengan Sir Henry di Kuala Lumpur. Mengikut cadangan Sir Henry, model yang telah dilaksanakan di negara Kenya dan Rhodesia Utara juga boleh dilaksanakan di Tanah Melayu.
  • kemerdekaan tanah melayu oleh sistem penhalian

Pertanyaan Lainnya